Tuesday, 25 December 2007

Belonging



Abang dapat banyak Kad ucapan sempena krismas sejak hari pertama abang bersekolah di Brunswick Comunity Primary School(BCPS). Abang seronok sungguh, tahun lepas abang cuma dapat sekeping sahaja kad ucapan...balik rumah nangis-nangis kat mama sebab kawan-kawan tak bagi kad ucapan kat dia. Abang dah bertambah seronok bersekolah di BCPS.

Minggu lepas abang ada bagi tau papa yang abang dah ada girlfriend bernama Sarah di BCPS, abang bisik kat papa, kunun-kunun RAHSIA tak boleh bagi tau mama...kehkehkeh!!! malu ler tuh!

Wednesday, 19 December 2007

Assembly Ryan..

Assembly abang...Icha pun turut sama enjoy.Kebetulan ada lagu Twinkle-twinkle Little Star,kegemaran Icha...

P/s: Plz mute kan sound pada slides show sebelum tekan button play pada video di bawah






see more....

Wednesday, 5 December 2007

Abang dan Icha "Candle Light"

Lepas sehari berpindah ke rumah baru, mama beli fragrance candle untuk deko rumah...saja suka-suka nak ambil mood dengan suasana baru. Malam tu, mama pasang lilin tu di atas meja makan.
tengok lah muka diaorang bila lampu di pasang semula...kehkehkeh

Abang Pindah Sekolah Baru

Dah 4 hari Abang bersekolah di sekolah baru "Brunswick Community Primary School". First day abang ke sekolah baru pada hari jumaat lepas untuk settlement. Dalam perjalanan, sebelum sampai ke sekolah baru abang asyik kata "I'm nervous" beberapa kali pada papa. Tapi lepas tu dia happy dan ok semula. Ramai kawan-kawan di sekolah baru abang yang excited membantu..Ada yang kata... "don't worry I'll take care of him"(kelakar pun ada tgk gelagat mereka). Mereka tu semua friendly belaka. Sekolah kali ini boleh dikatakan 98% mat Salleh, dan yang selebihnya kulit hitam dan 3-4 orang asia termasuk abang.

Settlement pada hari jumaat lepas cuma sampai pukul 12pm sahaja, selepas itu abang pulang ke Tinsley Junior School untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan gurunya...Sayangnya hari itu Ms. Birch, guru kelas abang tidak hadir kesekolah kerana tidak sihat. Tak dapat lah abang bergambar bersama Ms Birch.

Abang seronok juga kerana dapat hadiah toy"mini racing car" daripada guru ganti pada hari tersebut sebagai tanda kenangan.

Semoga abang dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru...good luck!!!
Abang di hadapan Tinsley Junior School, hari terakhir sebelum meninggalkan sekolah.


Abang dengan Uniform sekolah Brunswick Primary School

Tuesday, 27 November 2007

Gambar Jalan-jalan lagi

Di Hadapan Stadium Sheffield Utd

Market Rotherham

Di Hadapan kedai CD PS2, abang nak bodek papa ker??

Meadowhall, shopping baju winter untuk Icha dan Abang

Tak lama lagi dah nak krismas, mmm dah setahun ebih Abang dan Icha di Sheffield

Anak Dara mama

Inilah kerja Icha setiap hari sebelum keluar amik abang pulang dari sekolah, main dengan make-up mama...tak boleh tengok mama sibuk bersiap -siap...maka dia pun akan bersama-sama sibuk meniru apa saja yang mama buat di hadapan dressing table pemberian kak Baby!Mama pakai bedak, Icha pun nak pakai bedak jugak...Kalau mama pakai lipstik, dia pun nak lipstik juga..tapi mama pakaikan icha lipbalm....heheheheh



Sunday, 18 November 2007

Nak Naik.......


Train...

lori...

train...

papa car....

lori lagi....