Dah 4 hari Abang bersekolah di sekolah baru "Brunswick Community Primary School". First day abang ke sekolah baru pada hari jumaat lepas untuk settlement. Dalam perjalanan, sebelum sampai ke sekolah baru abang asyik kata "I'm nervous" beberapa kali pada papa. Tapi lepas tu dia happy dan ok semula. Ramai kawan-kawan di sekolah baru abang yang excited membantu..Ada yang kata... "don't worry I'll take care of him"(kelakar pun ada tgk gelagat mereka). Mereka tu semua friendly belaka. Sekolah kali ini boleh dikatakan 98% mat Salleh, dan yang selebihnya kulit hitam dan 3-4 orang asia termasuk abang.
Settlement pada hari jumaat lepas cuma sampai pukul 12pm sahaja, selepas itu abang pulang ke Tinsley Junior School untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dan gurunya...Sayangnya hari itu Ms. Birch, guru kelas abang tidak hadir kesekolah kerana tidak sihat. Tak dapat lah abang bergambar bersama Ms Birch.
Abang seronok juga kerana dapat hadiah toy"mini racing car" daripada guru ganti pada hari tersebut sebagai tanda kenangan.
Semoga abang dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru...good luck!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment